Thursday, December 19, 2013

Mimpi

Bismillah

Teringat perbualan dengan seorang rakan baru-baru ini. Setelah penat bersusah payah (baca : struggle) untuk kelas keesokan harinya, maka kami pun berehat.

A : Minta-minta la malam ini boleh mimpi awek. Huhu
B : Baik la kau doa mimpi jumpa Nabi (S.A.W). Ada juga faedah. Bukan senang nak dapat.
A : *uhuk* OK

Begitulah kisahnya secara ringkas.

Dalam perbualan di atas, kita boleh lihat ke mana hala tuju pemikiran anak muda masa kini. Berapa ramai pemuda pada zaman sekarang yang mampu untuk ingat Rasulullah S.A.W yang mana pada suatu masa akan datang akan memberi syafaat kepada kita. Ramai dalam kalangan kita yang masih alpa, leka dengan dunia, lalai dengan hiburan yang dihidangkan oleh musuh-musuh Allah.

Ayuh! Sematkan dalam jiwa kita untuk cari cinta Rasulullah S.A.W sebelum cinta kepada makhluk. Sudah tentu cinta kepada Allah lebih utama dari yang lain.

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Ertinya:
“Dari Anas R.A., sabda Rasulullah S.A.W.: “Ada tiga hal di mana orang yang memilikinya akan merasakan manisnya iman iaitu : mencintai Allah dan rasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk kembali kafir setelah diselamatkan oleh Allah daripadanya sebagaimana enggannya kalau dilemparkan ke dalam api.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rujukan : Riyadhus Shalihin (Bab Keutamaan Cinta kepada Allah dan Dorongan untuk Mencintainya)

__________________________________________________________________________

Rasa manisnya iman itu tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Hanya orang yang pernah rasa akan tahu betapa seronoknya perasaan. Jom sama-sama berubah. Ke arah mencapai halawatul iman (kemanisan iman)

Tulisan ini bukanlah dituju kepada orang yang mengikuti halaqah semata-mata tetapi umum kepada semua. Kepada anda. Kerana setiap orang mempunyai hak yang sama untuk berada di syurga Allah kelak. Janganlah sempitkan pemikiran kita dengan berfikir yang perkara ini hanya untuk kelompok tertentu. Tidak! Bahkan untuk semua orang.

Sekian.

May Allah bless.

Mülheim (Ruhr), den 20.12.2013

Saturday, December 14, 2013

Aduhai Malaysiaku

Was ist los mit Malaysier/in? 

Kes bunuh, gantung diri, bayi baru lahir boleh di baca hampir setiap hari di akhbar harian. Tu yang dilaporkan. Entah berapa banyak lagi kes terpencil yang tiada dalam sistem.

Even if I'm not in Malaysia right now but I still concern about my home country. The place where I grow up.

Manusia kat Malaysia khususnya perlu berubah agar generasi akan datang x terus punah. X perlu tuding jari kat siapa2. Tengok diri sendiri.

"define dulu makna hidup. cari purpose of life. then baru boleh decide nak hidup untuk apa"

If u're a Muslim then u should read the Quran. Read and try to understand the meaning.

May Allah bless

Mülheim (Ruhr), den 15.12.13

Thursday, December 12, 2013

Comeback!

Sejak tinggal pusat bahasa dulu, memang x sentuh la bahasa German. Alih2 kena jadi penterjemah x bertauliah pula malam ni. Ok la. Banyak membantu untuk ingat balik apa yang dah belajar
________________________________
 
Nach zwei Monate lerne ich Deutsch wieder. Unwillingly.
Hier teile ich mit, was ich heute gelernt habe.

die Kreide - chalk
beschwörend - invoke, adjure
versinken - to sink, to descend
aufregend - exciting
wecken - to wake
der Widerstand - resistance
hervorragend - outstanding

der Abgabetermin - closing date for submissions
rücken - {transitive} to move, to push. {intransitive} to move over
ausbrechen - to break out
die Warteschleife - waiting loop; wait loop
der Ablauf - ending, expiry
tief durchatmen - to take a deep breath
gedankenverloren - pensive, preoccupied
stolpern - stumble (to trip or fall)
der Stecker - plug
hingehören, dazugehören - belong

riechen - to smell
ausprobieren, probieren - try out (to test something)
verabschieden - to say goodbye, to adopt
die Kiste - box, chest
flüstern - whisper
________________________________

Ilmu tanpa amal, ibarat pokok tanpa buah (pepatah Arab)
Jadi amalkanlah apa jua ilmu yang anda belajar, baik duniawi mahupun ukhrawi, agar mendapat kejayaan diri
"Kejayaan diri diukur pada sejauh mana pengetahuan itu berjaya menjadi amal."

Moga bermanfaat.

May Allah bless

Mülheim (Ruhr), den 11.12.13

.................................................................

-Disunting pada 12.12.2013
-Post asal dari Facebook 


Mülheim (Ruhr), den 12.12.13