Sunday, April 6, 2014

Tahniah! Blog baru...

Bismillah

Alhamdulillah kerana masih lagi diberi kekuatan untuk berkarya. Semoga entri kali ini akan menjadi pemangkin buat diri ini untuk terus menulis. Lebih dua bulan blog ini terbiar tanpa sebarang perkongsian. Betapa alpanya diriku ini, ya Allah! T.T

Sekarang saya sedang berada di Doha International Airport (DIA), Qatar buat kali keduanya sebelum menunggu penerbangan seterusnya ke Jerman. Tempoh transit selama 12 jam ni insyaAllah akan dimanfaatkan untuk mengisi blog ni sebaik mungkin. Hehe.

Oh ye! Entri kali ini bukanlah nak bercerita tentang Doha mahupun Frankfurt. Niat asal saya untuk berkongsi berkenaan sebuah novel yang baru sahaja saya habiskan tapi rasanya lagi menarik kalau saya tulis benda lain.

Saya nak berkongsi kegembiraan yang saya rasa tatkala melihat munculnya satu blog baru yang telah lama saya nantikan. (Takdela lama mana pun. 2 bulan lebih je.) Blog tersebut ditulis oleh rakan saya sendiri namun saya tak nyatakan nama blog tersebut atas dasar hak peribadi.

Alhamdulillah muncul lagi sebuah blog Islamik yang berbentuk santai. (Sebuah ke? Entah) Sesuai untuk golongan yang sukakan pendekatan yang ringan tapi efektif. InsyaAllah blog tersebut mampu melahirkan lebih ramai golongan yang suka membaca. Tapi jangan sekadar membaca je tau. Amalkan sekali ye. Membaca itu jambatan ilmu. Kalau ilmu tinggi melangit pun tak ke mana jika tidak dipraktikkan. Lebih teruk sekiranya ilmu tersebut membawa kita ke lembah kebinasaan.

Tahniah kepada saudaraku atas pencapaianmu pada hari ini. Semoga diri kita terus tsabat (baca : teguh) di jalan dakwah yang sumpah panjang ini. Sesungguhnya pencapaian hari ini tidak mampu menjamin hari esok kita namun janganlah berputus asa. Teruskan istiqamah menyeru manusia ke jalan Allah.

Seringkali saya sebut kepada pelajar lepasan SPM baru-baru ini bahawa keputusan yang kita dapat hari ini bukannya satu cerminan mutlak kepada diri kita di masa hadapan. Ianya bergantung kepada diri kita untuk melihat hasil hari ini dari perspektif mana. Jika kita sudah berpuas hati dengan apa yang kita dapat hari ini, maka tidak akan ada kemajuan yang kita akan capai pada waktu akan datang. Life will become tougher, so we should also go with the flow, not become stagnant without any progress.

Saya teringat kata-kata Ustaz Hasrizal dalam salah satu siri ceramahnya. "Kalau kita tak sibukkan diri kita dengan ilmu, maka kita akan disibukkan dengan isu." Ilmu entah ke mana tetapi dah sibuk berbahas tentang sesuatu isu yang kita belum arif. Sepatutnya kita selaku Muslim perlu menimba ilmu dengan penuh kesungguhan dan komited.

Ingat nak ucap 'tahniah' je tapi dah panjang pula melalut. Haha. Maafkan saya wahai pembaca atas segala kekurangan. Semoga perkongsian kali ini mampu menjadi peringatan buat diri ini yang sering lalai. Jumpa lagi pada entri akan datang. ^_^

Sekian, wassalam.

Doha, den 07.04.2014