Thursday, December 19, 2013

Mimpi

Bismillah

Teringat perbualan dengan seorang rakan baru-baru ini. Setelah penat bersusah payah (baca : struggle) untuk kelas keesokan harinya, maka kami pun berehat.

A : Minta-minta la malam ini boleh mimpi awek. Huhu
B : Baik la kau doa mimpi jumpa Nabi (S.A.W). Ada juga faedah. Bukan senang nak dapat.
A : *uhuk* OK

Begitulah kisahnya secara ringkas.

Dalam perbualan di atas, kita boleh lihat ke mana hala tuju pemikiran anak muda masa kini. Berapa ramai pemuda pada zaman sekarang yang mampu untuk ingat Rasulullah S.A.W yang mana pada suatu masa akan datang akan memberi syafaat kepada kita. Ramai dalam kalangan kita yang masih alpa, leka dengan dunia, lalai dengan hiburan yang dihidangkan oleh musuh-musuh Allah.

Ayuh! Sematkan dalam jiwa kita untuk cari cinta Rasulullah S.A.W sebelum cinta kepada makhluk. Sudah tentu cinta kepada Allah lebih utama dari yang lain.

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Ertinya:
“Dari Anas R.A., sabda Rasulullah S.A.W.: “Ada tiga hal di mana orang yang memilikinya akan merasakan manisnya iman iaitu : mencintai Allah dan rasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk kembali kafir setelah diselamatkan oleh Allah daripadanya sebagaimana enggannya kalau dilemparkan ke dalam api.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rujukan : Riyadhus Shalihin (Bab Keutamaan Cinta kepada Allah dan Dorongan untuk Mencintainya)

__________________________________________________________________________

Rasa manisnya iman itu tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Hanya orang yang pernah rasa akan tahu betapa seronoknya perasaan. Jom sama-sama berubah. Ke arah mencapai halawatul iman (kemanisan iman)

Tulisan ini bukanlah dituju kepada orang yang mengikuti halaqah semata-mata tetapi umum kepada semua. Kepada anda. Kerana setiap orang mempunyai hak yang sama untuk berada di syurga Allah kelak. Janganlah sempitkan pemikiran kita dengan berfikir yang perkara ini hanya untuk kelompok tertentu. Tidak! Bahkan untuk semua orang.

Sekian.

May Allah bless.

Mülheim (Ruhr), den 20.12.2013

1 comment: